top of page

Our History

Bermula pada 18 Ogos 2007, ARZ Associates adalah sebuah agensi Takaful dan Insurans milik Bumiputera, merupakan antara agensi bumiputera Islam yang pertama di selatan, wakil kepada Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).



Bermulanya ARZ Associates ialah hasil daripada gabungan di antara dua negeri iaitu Melaka dan Johor. Di mana, pada peringkat awal hanya terdapat agensi tunggal iaitu di Melaka, seterusnya berkembang melahirkan agensi yang beroperasi di Batu Pahat, Johor.



Telah beroperasi selama lebih 5 tahun dalam menjalankan khidmat perunding Insurans dan Takaful serta perancangan kewangan profesional. Setakat ini, ARZ Associates telah mempunyai beberapa cawangan di selatan (selain Batu Pahat, Melaka dan Seremban) iaitu di Johor Bahru, Kluang, Muar, Segamat dan Skudai.



Selain daripada selatan, ARZ Associates juga telah bermula operasi di kawasan utara; Sitiawan dan Ipoh. Kawasan pantai timur iaitu di Kuala Terengganu dan kawasan tengah semenanjung iaitu di Kuala Lumpur.

Sehingga hari ini, ARZ Associates mempunyai 68 orang Perancang Kewangan yang professional, di mana 31 orang Perancang Kewangan yang berkhidmat secara sepenuh  masa dan 37 orang berkhidmat secara separuh masa. Majoriti rakan niaga kami adalah professional dalam bidang mereka sebelum ini; perakaunan, sains social, kejuruteraan, computer sains, pendidikan, pentadbiran, dan lain-lain.

Matlamat ARZ Associates adalah untuk melahirkan seberapa ramai usahawan Bumiputera dalam industri Takaful dan Insurans.

bottom of page